Saturday, 18 January 2014

ROMBONGAN DARI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Rombongan dari negeri Kedah telah menginap selama 1 Hari 1 Malam di Hotel MGU Firdaus. Kunjungan mereka untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari sebuah daerah di Tumpat, Kelantan. Jumlah ahli rombongan seramai 44 orang. Mereka memilih hotel kami kerana ianya dekat dengan Pasar Siti Khadijah dan memudahkan mereka untuk pergi membeli-belah di sana, selain itu kerana terdapat beberapa kemudahan lain yang disediakan oleh pihak kami seperti sarapan pagi, bilik yang mempunyai pendingin hawa, wifi, dan ruang solat.



KUNJUNGI KELANTAN..KENALI NEGERI KAMI... :)

Jika anda semua ingin melawat negeri kelantan yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah, dan ingin mengunjungi Pasar Siti Khadijah serta ingin mencuba pelbagai keenakan masakan yang terdapat di negeri Kelantan in, moleklah kiranya anda semua menginap di Hotel MGU Firdaus kerana hotel kami hanya beberapa meter dengan Pasar Siti Khadijah. Anda semua boleh berjalan kaki untuk ke Pasar Siti Khadijah dan tidak perlu berhadapan dengan kesibukan kenderaan di bandar Kota Bharu. Selain itu, hotel kami juga berdekatan dengan Maybank, Cimb Bank, serta Pasaraya Besar Mydin dan Pasaraya Pantai Timur. Perjalanan anda akan lebih menarik sekiranya anda mencuba makanan yang cukup popular di negeri Kelantan dan juga pengunjung luar iaitu di Nasi Ulam Cikgu kerana ianya murah dan sedap. Kedai ini juga berhampiran dengan hotel kami iaitu di belakang Pasar Siti Khadijah sahaja. Jika anda ingin mencuba keenakan nasi kukus Zaeman, anda boleh menjengah kedai mereka di hadapan nasi Ulam Cikgu sahaja. Sambil berjalan, anda boleh mencuba pelbagai makanan yang terdapat di negeri Kelantan. Parking sahaja kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak hotel, dan anda boleh memulakan perjalanan dengan hanya berjalan kaki kerana ianya sungguh dekat dan menyenangkan anda semua.Jika anda berminat bolehlah menghubungi hotel kami pada nombor talian 09-743 8548 untuk membuat sebarang tempahan.







Wednesday, 15 January 2014

MGU Firdaus Hotel

Assalamualaikum wbt

MGU Firdaus Hotel terletak di Wisma MGU, Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Merupakan hotel dibawah seliaan Koperasi Majlis Guru Ugama Negeri Kelantan. Hotel kami menyediakan pelbagai pakej yang merangkumi pakej seminar, pakej sewaan dewan, pakej sewaan bilik, pakej makan dan minum serta penginapan harian.

Hotel kami mempunyai 3 jenis dewan yang terdiri daripada Dewan Besar MGU yang boleh memuatkan seramai 400 orang pada satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan pendingin hawa, sistem audio, LCD, layar putih, wifi, pensil dan air mineral.

                                                                                          Dewan Besar MGU

Selain itu, kami juga mempunyai 2 dewan kecil yang boleh memuatkan seramai 35-45 orang pada satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan pendingin hawa, sistem audio, LCD, layar putih, wifi, pensil dan air mineral.

                                                                                     Dewan Kecil MGU
 
MGU Hotel Firdaus juga mempunyai kafe yang dinamakan Firdaus Cafe terletak ditingkat 3 hotel. Pelbagai jenis masakkan yang disediakan mengikut kehendak dan dipersetujui oleh pelanggan yang mengikuti pakej. Sarapan pagi disediakan untuk mereka yang menginap disini. Firdaus Cafe dilengkapi dengan pendingin hawa, tangga OKU dan semestinya pelbagai hidangan yang menyelerakan.

                                                                                               Firdaus Cafe

MGU Firdaus Hotel juga menyediakan kemudahan seperti parkir berbumbung dan juga surau untuk kegunaan mereka yang menghadiri seminar dihotel kami tetapi tidak menempah bilik. Hotel kami juga mempunyai lif yakni satu-satunya hotel bajet di Kota Bharu yang mempunyai kemudahan ini.

                                                             Parkir Berbumbung

                                                                                                  Surau
                                                                           Lif

Hotel kami mempunyai 40 buah bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa, tandas, almari, televisyen dan meja solek. Jenis bilik yang terdapat di MGU Firdaus Hotel adalah seperti berikut :

BILIK UNTUK 2 ORANG 


                                                                                        Bilik Untuk 2 Orang
 
BILIK UNTUK 3 ORANG

                                                                 Bilik Untuk 3 Orang

BILIK UNTUK 4 ORANG

                                                                                        Bilik Untuk 4 Orang

BILIK UNTUK 5 ORANG

                                                                                           Bilik Untuk 5 Orang

MGU Firdaus Hotel juga mempunyai 2 dorm yang boleh memuatkan seramai 20 orang dalam 1 dorm. Dorm dilengkapi dengan pendingin hawa, tandas, televisyen, ampaian dan seterika.

                                                                                                      Dorm