Jika anda semua ingin melawat negeri kelantan yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah, dan ingin mengunjungi Pasar Siti Khadijah serta ingin mencuba pelbagai keenakan masakan yang terdapat di negeri Kelantan in, moleklah kiranya anda semua menginap di Hotel MGU Firdaus kerana hotel kami hanya beberapa meter dengan Pasar Siti Khadijah. Anda semua boleh berjalan kaki untuk ke Pasar Siti Khadijah dan tidak perlu berhadapan dengan kesibukan kenderaan di bandar Kota Bharu. Selain itu, hotel kami juga berdekatan dengan Maybank, Cimb Bank, serta Pasaraya Besar Mydin dan Pasaraya Pantai Timur. Perjalanan anda akan lebih menarik sekiranya anda mencuba makanan yang cukup popular di negeri Kelantan dan juga pengunjung luar iaitu di Nasi Ulam Cikgu kerana ianya murah dan sedap. Kedai ini juga berhampiran dengan hotel kami iaitu di belakang Pasar Siti Khadijah sahaja. Jika anda ingin mencuba keenakan nasi kukus Zaeman, anda boleh menjengah kedai mereka di hadapan nasi Ulam Cikgu sahaja. Sambil berjalan, anda boleh mencuba pelbagai makanan yang terdapat di negeri Kelantan. Parking sahaja kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak hotel, dan anda boleh memulakan perjalanan dengan hanya berjalan kaki kerana ianya sungguh dekat dan menyenangkan anda semua.Jika anda berminat bolehlah menghubungi hotel kami pada nombor talian 09-743 8548 untuk membuat sebarang tempahan.
No comments:
Post a Comment