Assalamualaikum wbt
MGU Firdaus Hotel terletak di Wisma MGU, Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Merupakan hotel dibawah seliaan Koperasi Majlis Guru Ugama Negeri Kelantan. Hotel kami menyediakan pelbagai pakej yang merangkumi pakej seminar, pakej sewaan dewan, pakej sewaan bilik, pakej makan dan minum serta penginapan harian.
Hotel kami mempunyai 3 jenis dewan yang terdiri daripada Dewan Besar MGU yang boleh memuatkan seramai 400 orang pada satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan pendingin hawa, sistem audio, LCD, layar putih, wifi, pensil dan air mineral.
Dewan Besar MGU
Selain itu, kami juga mempunyai 2 dewan kecil yang boleh memuatkan seramai 35-45 orang pada satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan pendingin hawa, sistem audio, LCD, layar putih, wifi, pensil dan air mineral.
MGU Hotel Firdaus juga mempunyai kafe yang dinamakan Firdaus Cafe terletak ditingkat 3 hotel. Pelbagai jenis masakkan yang disediakan mengikut kehendak dan dipersetujui oleh pelanggan yang mengikuti pakej. Sarapan pagi disediakan untuk mereka yang menginap disini. Firdaus Cafe dilengkapi dengan pendingin hawa, tangga OKU dan semestinya pelbagai hidangan yang menyelerakan.
Firdaus Cafe
MGU Firdaus Hotel juga menyediakan kemudahan seperti parkir berbumbung dan juga surau untuk kegunaan mereka yang menghadiri seminar dihotel kami tetapi tidak menempah bilik. Hotel kami juga mempunyai lif yakni satu-satunya hotel bajet di Kota Bharu yang mempunyai kemudahan ini.
Surau
Lif
Hotel kami mempunyai 40 buah bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa, tandas, almari, televisyen dan meja solek. Jenis bilik yang terdapat di MGU Firdaus Hotel adalah seperti berikut :
BILIK UNTUK 2 ORANG
Bilik Untuk 2 Orang
BILIK UNTUK 3 ORANG
Bilik Untuk 3 Orang
BILIK UNTUK 4 ORANG
Bilik Untuk 4 Orang
BILIK UNTUK 5 ORANG
Bilik Untuk 5 Orang
MGU Firdaus Hotel juga mempunyai 2 dorm yang boleh memuatkan seramai 20 orang dalam 1 dorm. Dorm dilengkapi dengan pendingin hawa, tandas, televisyen, ampaian dan seterika.
Dorm
Saya nk booking Bilik untuk 5 org tarikh 29/8 chekin Dan 30/8 chekout Ini no hp Saya 0123552815
ReplyDelete